Showing posts with label an-Nahl. Show all posts
Showing posts with label an-Nahl. Show all posts

Wednesday, September 28, 2016

MAKSUD KEHIDUPAN YANG BAIK

Firman Allah;
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Sesiapa mengerjakan kebaikan dari kaum lelaki mahupun wanita, sedang dia beriman, nescaya Kami (Allah) akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan Kami balasi mereka dengan pahala yang lebih baik dari amalan yang mereka kerjakan" (Surah an-Nahl, ayat 97, m.s. 278).

* Kehidupan yang baik ialah; syurga di akhirat dan perasaan qana'ah dan rezki yang halal ketika di dunia (Tafsir al-Jalalaian).
* Berkata Imam an-Nasafi; orang mukmin yang beramal soleh akan hidup dengan kehidupan yang baik. Sekalipun susah dan miskin, ada padanya perasaan yang akan menjadikan kehidupannya tetap baik dan elok iaitu perasaan qana'ah dan redha dengan segala pembahagian Allah (Tafsir an-Nasafi).
* Ada berkata; kehidupan yang baik ialah perasaan qana'ah, merasai kelazatan ketika melakukan ketaatan, mengenal Allah, sentiasa bersama Allah dan berpaling dari selainNya (Tafsir an-Nasafi).