مَن جَآءَ بِٱلۡحَسَنَةِ
فَلَهُۥ خَيۡرٞ مِّنۡهَا وَهُم مِّن فَزَعٖ يَوۡمَئِذٍ ءَامِنُونَ ٨٩ وَمَن
جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَكُبَّتۡ وُجُوهُهُمۡ فِي ٱلنَّارِ هَلۡ تُجۡزَوۡنَ إِلَّا
مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ٩٠
89. Sesiapa yang
datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh
balasan yang lebih baik daripadanya dan mereka akan beroleh aman sentosa
daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.
90. Dan sesiapa
yang datang membawa amal jahat (yang telah dikerjakannya) maka sudah tentu
mereka akan ditumuskan mukanya ke dalam api Neraka, (sambil dikatakan kepada
mereka): Kamu tidak diberi melainkan balasan apa yang kamu telah lakukan.
(surah an-Naml, ayat 89-90).Dari ayat ini kita memahami bahawa untuk selamat di alam sana (alam akhirat) ialah dengan berbuat baik ketika di dunia. Kehidupan kita di sana bergantung kepada apa yang kita lakukan di sini.






