إِنَّ فِرۡعَوۡنَ عَلَا فِي
ٱلۡأَرۡضِ وَجَعَلَ أَهۡلَهَا شِيَعٗا يَسۡتَضۡعِفُ طَآئِفَةٗ مِّنۡهُمۡ
يُذَبِّحُ أَبۡنَآءَهُمۡ وَيَسۡتَحۡيِۦ نِسَآءَهُمۡۚ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ
٤ وَنُرِيدُ
أَن نَّمُنَّ عَلَى ٱلَّذِينَ ٱسۡتُضۡعِفُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَنَجۡعَلَهُمۡ
أَئِمَّةٗ وَنَجۡعَلَهُمُ ٱلۡوَٰرِثِينَ ٥ وَنُمَكِّنَ لَهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ
وَنُرِيَ فِرۡعَوۡنَ وَهَٰمَٰنَ وَجُنُودَهُمَا مِنۡهُم مَّا كَانُواْ يَحۡذَرُونَ
٦
4. Sesungguhnya
telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta dia
menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas sepuak di antaranya dengan
membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan
mereka. Sesungguhnya adalah dia dari golongan yang membuat kerosakan.
5. Dan Kami hendak
berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu
dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka
orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).
6. Dan Kami hendak
memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan
kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan
dari golongan yang bertindas itu.
(surah al-Qasas)Ayat-ayat di atas menceritakan tentang Firaun dan Bani Israel; satu pihak menindas dan satu pihak lagi ditindas. Perhatikan kesudahan mereka;
a) Pihak yang menindas; tewas, musnah, binasa dan menjadi sejarah.
b) Pihak yang ditindas; menerajui dunia dan terus kekal.
Tidak dapat kita meneka cara Allah akan membanti hambaNya yang tertindas, namun pertolonganNya untuk mereka pasti muncul. Kisah Nabi Musa AS selepas ayat-ayat di atas mengajar kita kebijaksaan Allah mengatur kehidupan hamba-hamba yang dikasihiNya. Mengajar kita untuk sentiasa yakin dan percaya kepada Allah.






