Showing posts with label 1-Jumlah;. Show all posts
Showing posts with label 1-Jumlah;. Show all posts

Tuesday, May 19, 2020

SURAH AL-IKHLAS; asas-asas sifat salbiyah

الدرس الخامس : الصفات عند ابي الحسن الاشعري تنقسم الى ثلاثة اقسام هي : اولا : الصفات الثبوتية وهي صفة الوجود ثانيا : الصفات السلبية : وهي الخمسة المذكورة في سورة الاخلاص على النحو التالي (قل هو الله احد) صفة الوحدانية (الله الصمد ) صفة القيام بالنفس او الغنى المطلق (لم يلد) صفة البقاء (ولم يولد) صفة القدم (ولم يكن له كفوا احد ) صفة المخالفة للحوادث ثالثا : صفات المعاني وهي ثمانية عند ابي الحسن الاشعري وهي العلم والقدرة والارادة والحياة وتسمى صفات التاثير والسمع والبصر والكلام والادراك وتسمى صفات الكمال فهي ثمانية (صفات المعاني ) وسبعة عند الفخر الرازي لم يذكر الادراك رابعا : القسم الرابع : عند الامام ابي الحسن الاشعري وتسمى الصفات الجامع كعدل الله وفضله وكرمه ورحمته و ذهب المتاخرون من الاشاعرة كالفخر الرازي والسنوسي ومن بعده الى قسم اخر لم يك عند ابي الحسن الاشعري وسموه الصفات المعنوية وهي واسطة بين الوجود والعدم كما ذكر المقري في الاضاءة ولم يوافقه عليه الكثير من الاشاعرة وهذه امور اجتهد فيها المتاخرون من الاشاعرة فيما لم يات به نص فالايات والاحاديث الصحيحة الواردة في امور العقيدة يومن الجميع اشاعرة ومحدثين وسلفين بان ما قاله الله صدق وحق وهي اصل الاعتقاد اما ما لم يحسمه النص فقد ترك فهمه للعقول وعقول الناس متفاوتة ولكن يبحث اصحاب الخشية والخوف والرجاء والصبر واليقين والعبادة يوفقه الله للخير فاحمد بن حنبل نضر الله وجهه كما كان امامنا ابو الحسن الاشعري يتحدث عنه وابو الحسن الاشعري علي بن اسماعيل امام اهل السنة وابومنصور الماتريدي ثلاثتهم معروف بالعلم والورع والخشية وهم اهل الاجتهادفي الوصول الي الحق ، المصيب منهم له اجران والمخطيء له اجر ، ومغفور لهم خطاهم قال الله (ربنا لا تواخذنا ان نسينا او اخطانا) والى اللقاء في الدرس السادس ان شاء الله تعالى

Thursday, October 13, 2016

ISTIQAMAH

Allah berfirman;

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang berkata; 'Tuhan kami adalah Allah', kemudian mereka beristiqamah, para malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata); 'Janganlah kamu takut/bimbang dan janganlah kamu berdukacita, terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu'" (Surah Fussilat, ayat 30).

* Maksud 'berkata; Tuhan kami adalah Allah' ialah mengucapkan kalimah tauhid iaitu Lailahaillallah (Tafsir an-Nasafi).

* Maksud 'beristiqamah'; 
1. Berterusan mentauhidkan Allah dan melaksanakan kewajipan yang difardhukan ke atas mereka (Tafsir al-Jalalaian). 
2. Menurut Saidina Abu Bakar; iaitu mereka yang tidak pernah mensyirikkan Allah (Tafsir Ibnu Kathir).
3. Menurut Ibnu 'Abbas RA; beristiqamah melaksanakan segala kefardhuan yang ditetapkan Allah (Tafsir Ibnu Kathir).
4. Menurut Abu al-'Aliyah; sentiasa ikhlas kepada Allah ketika beramal dan melaksana tuntutan agama (Tafsir Ibnu Kathir).

* Maksud 'para malaikat akan turun', iaitu turun pada ketika mereka hampir mati (Tafsir al-Jalalain).

* Maksud 'janganlah kamu takut/bimbang'; iaitu janganlah kamu takut/bimbang dengan kematian dan kehidupanmu setelah mati (Tafsir al-Jalalain).

* Maksud 'janganlah kamu berdukacita'; iaitu janganlah berdukacita tentang apa yang kamu tinggalkan dari isteri, anak-pinak dan sebagainya, kerana kamilah pengganti kamu untuk menjaga mereka (Tafsir al-Jalalain).

Sufyan bin Abdullah as-Saqafi RA pernah meminta kepada Nabi SAW; 'Ya Rasulullah SAW, ajarkan kepadaku suatu ilmu untuk aku berpegang dengannya'. Jawab Nabi SAW; "Ucapkanlah; 'Aku beriman dengan Allah', kemudian hendaklah kamu beristiqamah". Aku bertanya lagi; 'Ya Rasulullah, apakah yang paling engkau bimbangkan pada diriku?'. Nabi SAW memegang lidahnya sendiri, lalu berkata; 'Yang ini' (Musnad Ahmad; 15418. Sunan at-Tirmizi; 2410. Hadis soheh).

Nabi SAW bersabda; 
لَا يَسْتَقِيمُ إِيمَانُ عَبْدٍ حَتَّى يَسْتَقِيمَ قَلْبُهُ، وَلَا يَسْتَقِيمُ قَلْبُهُ حَتَّى يَسْتَقِيمَ لِسَانُهُ، وَلَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ رَجُلٌ (2) لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ
"Tidak akan lurus iman seorang hamba Allah selagi tidak lurus hatinya dan tidak lurus hatinya selagi tidak lurus lidahnya. Tidak akan masuk Syurga seorang lelaki yang tidak aman jirannya dari kejahatan-kejahatannya" (Musnad Ahmad; 13048. Dari Anas RA. Isnadnya dhaif).


SAAT SAKRATUL MAUT

Allah berfirman;


وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنْتَ مِنْهُ تَحِيدُ
"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmuat" membawa kebenaran (serta dikatakan kepada orang yang mengingkarinya sebelum itu): Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" (Surah Qaf, ayat 19).

* Sakaratul maut; menurut tafsir al-Jalalain dan an-Nasafi; 'Syiddatul maut' (kepayahan ketika hendak mati). Menurut Fathul Qadier (as-Syaukani); Sakratul maut ialah kepayahan yang membelenggu setiap manusia ketika ia hampir mati dan menewaskan akalnya.


* Maksud 'membawa kebenaran' ialah akan terdedah kepada kamu pada saat itu kebenaran perkara yang kamu ragui sebelumnya (Tafsir Ibnu Kathir). Menurut Tafsir al-Maturidi; 'Sakratul maut datang membawa kebenaran' ialah pada saat itu akan terdedah kepada seseorang apakah dia akan tergolong dari ahlus-sa'adah (orang yang bakal bahagia di alam sana) atau ahlus-syaqawah (orang yang bakal menderita dalam siksaan.

* Dalam surah Fussilat (ayat 30), Allah menceritakan; orang-orang beriman dan sentiasa beristiqamah, ketika hampir mati dia akan didatangi malaikat yang akan menenangkannya dan menyampaikan khabar gembira dengan nikmat syurga.

* Dalam surah al-A'am (ayat 93), al-Anfal (ayat 50) dan Muhammad (27), Allah menceritakan pula keaadan orang-orang kafir dan zalim ketika sakratul maut, iaitu malaikat akan memukul mereka dan menyampaikan khabar dukacita kepada mereka dengan azab Allah. 

Sunday, October 2, 2016

MAKNA LAKNAT

Firman Allah;


وَالَّذِينَ يَنْقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ أُولَئِكَ لَهُمُ اللَّعْنَةُ وَلَهُمْ سُوءُ الدَّارِ
"Orang-orang yang memungkiri janji Allah, sesudah teguhnya dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah supaya diperhubungkan dan mereka berbuat bencana di bumi, untuk mereka laknat dan untuk mereka kediaman yang buruk (neraka)" (Surah ar-Ra'du, ayat 25, m.s. 252).

* Maksud 'memungkiri janji dengan Allah sesudah teguhnya' ialah; membatalkan perjanjian dengan Allah untuk beriman dengannya, membenarkan RasulNya dan beramal dengan SyariatNya (lihat; Sofwah at-Tafasir; surah al-Baqarah, ayat 27 dan surah ar-Ra'du, ayat 25).

* Maksud 'memutuskan apa yang diperintahkan Allah supaya diperhubungkan' iaitu merangkumi memutuskan dengan semua yang tidak diredhai Allah untuk memutuskannya merangkumi;
1. Memutuskan hubungan antara para Nabi AS,
2. Memutuskan silaturahim,
3. Meninggalkan muwalat (kasih sayang dan hubungan erat) dengan kaum mukminin.
(Sofwah at-Tafasir, surah al-Baqarah, ayat 27).

* Maksud 'mereka berbuat bencana di bumi' iaitu dengan mengadakan maksiat-maksiat, fitnah-fitnah, menghalang iman, membangkitkan keraguan-keraguan tentang al-Quran (Sofwah at-Tafasir, surah al-Baqarah, ayat 27).

* Maksud laknat; menurut ar-Raghib al-Asbahani; menyisihkan dan menjauhkan (sesuatu) kerana marah/benci (kepadanya). Laknat dari Allah di Akhirat ialah balasanNya. LaknatNya di dunia ialah terbutus dari rahmat dan taufikNya. Laknat dari manusia ialah mereka mendoakan laknat Allah ke atas orang lain (al-Mufradaat).

* Menurut tafsir al-Jalalain dan an-Nasafi; maksud laknat dalam ayat di atas ialah; mereka dijauhkan dari rahmat Allah (al-Jalalain dan an-Nasafi). Menurut as-Sobuni; mereka dijauhkan dari rahmatNya dan dari syurgaNya (Sofwah at-Tafasir).

MAKNA WALI & WALAK

Firman Allah;

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (55) وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ (56) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (57)
"Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat dan membayar zakat, sedang mereka tunduk kepada Allah. Sesiapa mengangkat Allah, RasulNya dan orang-orang beriman menjadi wali, maka sesungguhnya golongan Allah itulah orang-orang yang menang. Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengangkat menjadi wali orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai olok-olokan dan permainan di antara ahli Kitab dan orang-orang kafir. Takutlah kepada Allah jika kamu orang beriman" (Surah al-Maidah, ayat 55-57, m.s. 117).

* Dalam ayat di atas ada tiga penegasan tentang wali;
1. Siapa wali kita? Iaitulah Allah, RasulNya dan saudara mukmin yang lain yang taat.
2. Janji Allah kepada kita jika kita berwalikan Allah, RasulNya dan orang berimana, iaitu kita akan mendapat kemenangan.
3. Larangan berwalikan orang-orang yang mempermainkan agama.

* Perkataan wali (الولي) berasal dari perkataan walak (الولاء). Menurut Imam ar-Raghib as-Asfahani; walak dari segi bahasa bermaksud dua benda menjadi dekat/hampir/akrab hingga tidak ada pemisah di antara mereka berdua. Makna ini kemudiannya dipinjamkan bagi maksud; kedekatan sama ada dari segi tempat, nisbah (penyandaran), agama, persahabatan, pertolongan, iktikad (keyakinan). Perkataan wilayah bermaksud nusrah (pertolongan). Walayah pula bermaksud menguruskan urusan (al-Mufradaat, kalimah 'ولي').

Dari makna walak yang diberikan di atas, kita dapat simpulkan maksudkan mengambil/menjadikan Allah, Rasul dan kaum mukmin sebagai wali kita, iaitu kita meletakkan mereka orang-orang yang paling dekat/akrab dengan kita iaitu; iaitu tinggi kedudukan mereka pada pandangan mata dan hati kita, kita menyandarkan/menisbahkan diri kita kepada mereka, diikat oleh agama yang sama, persahabatan yang amat erat, saling tolong-menolong dan saling mempercayai tanpa ada sedikitpun kesangsian.

* Menurut Syeikh as-Sobuni; larangan mengambil orang kafir sebagai wali bermaksud; jangan menolong mereka, jangan meminta tolong dari mereka, jangan bersama dalam saf-saf mereka dan jangan bergaul dengan mereka seumpama pergaulan kamu dengan orang-orang beriman (lihat; Sofwah at-Tafasir, surah al-Maidah, ayat 51).

Thursday, September 29, 2016

KEKUATAN TUHAN MELUASKAN LANGIT

Firman Allah;

وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ (47) وَالْأَرْضَ فَرَشْنَاهَا فَنِعْمَ الْمَاهِدُونَ (48)
"Langit Kami (Allah) bangunkan dengan kekuataan dan Kami sungguh meluaskannya. Bumi pula Kami bentangkannya, maka Kamilah yang sebaik-baik yang membentangkan" (Surah az-Zariyat, ayat 47-48, m.s. 522).

* Perkatan aidin dalam ayat di atas bermaksud quwwah (kekuatan/kekuasaan) (lihat; Tafsir al-Jalalain, an-Nasafi, Ibnu Kathir).

* Adapun kalimah lamusi'un ada dua pengertian yang diberikan mufassirin;
1. "Kami benar-benar mampu (menciptanya)", iaitu dari perkataan al-wasa' (الوسع) yang bermaksud at-toqoh (الطاقة) iaitu mampu (Tafsir al-Jalalaian).
2. "Kami sungguh meluaskannya", yakni Kami (Allah) meluaskan jarak antara langit dan bumi dengan jarak yang begitu luas (Tafsir an-Nasafi), atau Kami (Allah) meluaskan penjuru-penjurunya dengan begitu luas dan Kami mengangkatnya tanpa bertiang (Tafsir Ibnu Kathir. Tafsir as-Syaukani).

MAKNA IBADAH

Firman Allah;

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
"Aku (Allah) tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu" (Surah az-Zariyat, ayat 56, m.s. 523).

* Menurut Ibnu 'Abbas RA; semua perkataan ibadah di dalam al-Quran bermaksud tauhid (mengesakan Allah) (lihat; Tafsir an-Nasafi). Maksudnya; kewajipan manusia dan jin ialah mengesakan Allah, iaitu hanya menyembah Allah tanpa mensyirikkanNya dengan sebarang sesuatu.

* Ada hadis menceritakan; Nabi SAW pernah bertanya sahabatnya Mu'az RA; "Tahukah kamu apa hak Allah yang mesti ditunaikan oleh hambaNya". Baginda menjelaskan; "Iaitu mereka hendaklah menyembahnya (beribadah) dan tidak mensyirikkannya. Sebagai balasannya Allah berjanji akan menunaikan pula hak mereka iaitu; Dia tidak akan mengazab mereka" (Soheh al-Bukhari; 2856).

* Ada pandangan berkata; maksud liya'buduni dalam ayat di atas ialah liya'rifuni (untuk mengenaliKu) iaitu pandangan Ibnu Juraij (lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Maksudnya; Allah menciptakan manusia dan jin dan diberi akal fikiran supaya mereka mengenal Allah.

SIRATUL MUSTAQIM (JALAN YANG LURUS)

Firman Allah;

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
"Tunjukilah (hati) kami ke jalan yang lurus" (Surah al-Fatihah, ayat 6).

* Maksud Siratul Mustaqim (jalan yang lurus) dijelaskan oleh Allah sendiri dalam ayat selepasnya iaitu; jalan orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah (surah al-Fatihah, ayat 7), iaitu nikmat ibadah dan ketaatan (lihat; tafsir Ibnu Kathir). Siapa orang-orang yang diberi nikmat itu? Dijelaskan oleh Allah dalam surah an-Nisa' (ayat 69) bahawa mereka terdiri dari;
1. Para Nabi
2. Para Siddiqin
3. Para Syuhadak
4. Para Solihin.

* Dalam surah al-An'am, ayat 153 dijelaskan bahawa jalan yang lurus ialah jalan Nabi Muhammad SAW. 

* Dalam surah as-Syura, ayat 53, dijelaskan bahawa siratul mustaqim ialah jalan Allah, Tuhan yang memiliki sekelian langit dan bumi dan kepadanya akan kembali segala urusan.

* Dalam tafsir Ibnu Kathir, terdapat hadis menyebutkan;

الصِّرَاطُ الْمُسْتَقِيمُ كِتَابُ اللَّهِ
"Jalan yang lurus ialah kitab Allah (al-Quran)" (Dari Saidina 'Ali RA).

وَهُوَ حَبْلُ اللَّهِ الْمَتِينُ، وَهُوَ الذِّكْرُ الْحَكِيمُ، وَهُوَ الصِّرَاطُ المستقيم
"al-Quran adalah tali Allah yang kukuh, peringatan yang penuh hikmah dan jalan yang lurus" (HR Imam Ahmad dan at-Tirmizi dari Saidina 'Ali RA).

* Menurut Imam Ibnu Kathir; maksud siratul mustaqim -dalam pelbagai tafsiran yang diberikan- kembali kepada satu pengertian iaitu; mengikuti Allah dan RasulNya (Tafsir Ibnu Kathir).

Wednesday, September 28, 2016

MAKSUD PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI DALAM ENAM HARI

Firman Allah;

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
"Dialah (yakni Allah) yang menciptakan sekelian langit dan bumi dalam enam hari, kemudian dia beristiwa di atas 'Arasyh" (Surah al-Hadid, ayat 4, m.s. 538).

* Menurut al-Jalalain; iaitu enam hari mengikut hari-hari dunia, iaitu permulaannya Ahad dan pengakhirannya Jumaat, namun kadar sehari itu tidak sama seperti hari ini (24 jam) kerana ketika itu matahari belum wujud (Tafsir al-Jalalain; surah al-A'raf, ayat 54). Menurut Mujahid; satu hari ketika itu menyamai 1000 tahun (lihat; tafsir Ibnu Kathir, surah al-A'raf, ayat 54).
* Pada hari jumaat telah terkumpul semua makhluk. Pada hari itu Adam AS diciptakan. Pada hari sabtu tiada sebarang penciptaan, kerana itu dinamakan as-sabt yang bermakna al-qat'a (القطع) iaitu terputus (Ibnu Kathir).
* Allah boleh menciptakan alam ini dengan sekelip mata, namun kenapa Dia menciptakannya dalam 6 hari (masa). Kerana Dia ingin mengajar hambaNya ketelitian, kehalusan dan mengurus tadbir urusan (Tafsir as-Samarqandi, surah al-A'raf, ayat 54).

MAKSUD KEHIDUPAN YANG BAIK

Firman Allah;
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Sesiapa mengerjakan kebaikan dari kaum lelaki mahupun wanita, sedang dia beriman, nescaya Kami (Allah) akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan Kami balasi mereka dengan pahala yang lebih baik dari amalan yang mereka kerjakan" (Surah an-Nahl, ayat 97, m.s. 278).

* Kehidupan yang baik ialah; syurga di akhirat dan perasaan qana'ah dan rezki yang halal ketika di dunia (Tafsir al-Jalalaian).
* Berkata Imam an-Nasafi; orang mukmin yang beramal soleh akan hidup dengan kehidupan yang baik. Sekalipun susah dan miskin, ada padanya perasaan yang akan menjadikan kehidupannya tetap baik dan elok iaitu perasaan qana'ah dan redha dengan segala pembahagian Allah (Tafsir an-Nasafi).
* Ada berkata; kehidupan yang baik ialah perasaan qana'ah, merasai kelazatan ketika melakukan ketaatan, mengenal Allah, sentiasa bersama Allah dan berpaling dari selainNya (Tafsir an-Nasafi).

MAKSUD KEBERKATAN DARI LANGIT DAN BUMI

Firman Allah;


وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
"Jika sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan tumpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi" (Surah al-A'raf, ayat 96, m.s. 163).

* Keberkatan dari langit ialah dengan menurunkan hujan, sementara dari bumi pula ialah menumbuhkan tumbuh-tumbuhan (Tafsir al-Jalalain).

* Menurut an-Nasafi; ia juga bermaksud; Allah memberikan kepada mereka kebaikan dari segenap arah (Tafsir an-Nasafi).
* Dalam tafsir al-Maturidi disebutkan; mereka akan diberikan semua kebaikan yang dapat diperolehi dari langit dan dari bumi. Al-Barakah bermaksud; segala kebaikan yang dapat diraih tanpa perlu membayar dan bersusah (Tafsir al-Maturidi).

MAKSUD HIKMAH

Firman Allah;
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
"Allah memberi hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Sesiapa diberikan hikmah, maka sesungguhnya dia diberikan kebaikan yang banyak. Tidak mengambil peringatan melainkan orang-orang berakal" (Surah al-Baqarah, ayat 269. m.s. 45).

* Maksud hikmah;
1. Kata Imam as-Suyuti; ilmu bermanfaat yang mendorong kepada beramal (al-Jalalain).
2. Kata Imam an-Nasafi; hikmah ialah ilmu al-Quran dan as-Sunnah, atau ilmu bermanfaat yang membawa seorang kepada redha Allah dan beramal dengannya. al-Hakim (orang bijaksana) ialah al-alim al-'amil (orang alim lagi beramal) (Tafsir an-Nasafi).